AlAsAn wAnitA



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat,

CONFIRM masuk neraka.


2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan

mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki

ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?


3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami.

> Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .


4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. Kita yakinkah,ibadat kita,puasa

kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?


5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.Anda sebenarnya

dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka

bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.


6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap

macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk

disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia

daripada patuh suruhan Allah?


8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu.

Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut

kita
tak sempat nak bertaubat nanti.


9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail

nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.


10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

Kalau
begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting

WAJIP buat.

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan

tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan

di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di

akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.

"aurat saya maruah saya"

JAGA LAH AURATMU WAHAI WANITA



terima kasih mengunjungi BLOG HAVEDZ COLLECTION

0 ulasan: